Apa Yang Saya Boleh Buat? Jom, Turun Padang!

SPR akan melakukan penggarisan semula kira-kira pada Mac 2014. Selepas proses ini dibentangkan di Parlimen, rakyat diberi masa 1 bulan untuk mengumpul 100 tandatangan dalam kawasan tersebut supaya SPR akan mengaji semula proses penggarisan semula sempadan kawasan SPR.

Untuk mengumpul tandatangan, anda boleh merujuk kepada kempen-kempen aktif yang dilancarkan oleh organisasi-organisasi lain. Contohnya: –

  • Kempen DART yang dilancarkan oleh BERSIH akan membuat ‘road show’ ke bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk menjelaskan proses persempadanan dan gerrymandering. Kempen ini juga akan merekruit 5-10 sukarelawan untuk menubuhi pasukan DART yang bertanggungjawab untuk mengumpul 100 tandatangan di konstituensi tersebut. Anda boleh menyemak jikalau kempen DART akan membuat sesi pencerahan di negeri anda dengan melayari¬†laman web mereka. Anda boleh menjadi ahli pasukan DART di konstituensi anda dan mengumpul 100 tandatangan, jikalau berlakunya gerrymandering.
  • Kempen Persempadanan yang dijalankan oleh Tindak Malaysia membekalkan banyak bahan-bahan dan informasi tentang gerrymandering, termasuk peta-peta penyempadanan yang disediakan oleh mereka. Tindak Malaysia juga akan mengadakan sesi-sesi pencerahan dengan DART. Sila merujuk kepada¬†laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Sekolah Aktivisme juga akan melancarkan kempen turun padang gerrymandering. Kami akan berkempen mengumpul tandatangan di Puchong, konstituensi pilihan kami. Sila hubungi kami jika anda ingin menyertai kempen ini.

Muat turun PDF: 1 Pg Memo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *