Anda telah mengundi dalam pilihanraya umum (PRU13) yang lalu. Tetapi, siapa yang menentukan kawasan yang anda perlu mengundi? Jawapannya: Suruhanjaya Pilihan Raya yang menentukan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya.
‘Gerrymandering’ bermaksud proses penggarisan semula sempadan kawasan pilihan raya untuk keuntungan satu parti politik.
Sebagai contoh bagaimana gerrymandering berlaku, sila menonton video animasi kita:
Jadi, anda tahu bagaimana gerrymandering boleh berlaku. Anda mestilah berfikir – SAYA KISAH APA?
‘Gerrymandering’ bermaksud undi anda tidak sama nilai dengan undi orang lain. Ia bermaksud undi kesayangan anda TERBAZIR sewaktu pilihan raya umum yang lepas! Ini bercanggah dengan prinsip 1 Rakyat, 1 Undi, 1 Nilai.
Sekarang, anda harus berfikir: APA YANG BOLEH SAYA BUAT?
Sila merujuk kepada Bahagian Kedua informasi kami: Apa yang saya boleh buat?
Untuk informasi lebih lanjut, sila muat-turun memorandum kami. Anda juga boleh bermain permainan gerrymandering kami atau merujuk kepada komik gerrymandering kami!