- ‘Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Constituency Redelineation and Citizen’s Vigilance’ – http://www.thenutgraph.com/uncommon-sense-with-wong-chin-huat-constituency-redelineation-and-citizen-vigilance/
- ‘Why we should not celebrate Federal Territories Day’, New Sin Yew – http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/why-we-should-not-celebrate-federal-territories-day-new-sin-yew
- ‘The Influence of Electoral Laws on the Conduct of Elections in Malaysia’, Ng Chak Ngon –https://www.academia.edu/5270000/The_Influence_of_Electoral_Laws_On_The_Conduct_Of_Elections_In_Malaysia
- ‘Malapportionment, Gerrymandering, and Seat Increase – Presentation at Bar-Tindak Malaysia Forum’, Wong Chin Huat – https://www.academia.edu/6079147/Malapportionment_Gerrymandering_and_Seat_Increase_-_Presentation_at_Bar-Tindak_Malaysia_Forum
- Profil Academia.edu Wong Chin Huat, dengan lebih bahan-bahan tentang gerrymandering – https://penanginstitute.academia.edu/ChinHuatWong
Author: Mei Yen
Komik Gerrymandering.
Muat turun versi PDF: SekolahAktivismeBooklet
Apa Itu Gerrymandering?
Anda telah mengundi dalam pilihanraya umum (PRU13) yang lalu. Tetapi, siapa yang menentukan kawasan yang anda perlu mengundi? Jawapannya: Suruhanjaya Pilihan Raya yang menentukan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya.
‘Gerrymandering’ bermaksud proses penggarisan semula sempadan kawasan pilihan raya untuk keuntungan satu parti politik.
Sebagai contoh bagaimana gerrymandering berlaku, sila menonton video animasi kita:
Jadi, anda tahu bagaimana gerrymandering boleh berlaku. Anda mestilah berfikir – SAYA KISAH APA?
‘Gerrymandering’ bermaksud undi anda tidak sama nilai dengan undi orang lain. Ia bermaksud undi kesayangan anda TERBAZIR sewaktu pilihan raya umum yang lepas! Ini bercanggah dengan prinsip 1 Rakyat, 1 Undi, 1 Nilai.
Sekarang, anda harus berfikir: APA YANG BOLEH SAYA BUAT?
Sila merujuk kepada Bahagian Kedua informasi kami: Apa yang saya boleh buat?
Untuk informasi lebih lanjut, sila muat-turun memorandum kami. Anda juga boleh bermain permainan gerrymandering kami atau merujuk kepada komik gerrymandering kami!
Animal Kingdom – Gerrymandering untuk Mencuri Pilihanraya!
KEPUTUSAN Pilihanraya 2009/ RESULTS of General Election 2009
Kotak atas mewakili Negara Haiwan/Large box represents the boundaries of Animal Kingdom
Terdapat 5 kawasan pilihan raya parliament di Negara Haiwan. Setiap haiwan mewakili parti yang mendapat sokongan majority dalam kawasan-kawasan tersebut.
There are 5 parliamentary constituencies in the Animal Kingdom. Each constituency is made out of smaller voting districts. Animals represent the party that has most support in a voting district.
- Parti Gajah/ Gajah Party
- Parti Rusa/ Rusa Party
1 Rakyat, 1 Undi, 1 Nilai: Satu kawasan pengundian parlimen mesti merangkumi hanya 4-5 haiwan sahaja.
Rule no. 1: One person, one vote: There can only be 4 to 5 letters per constituency.
Cabaran 1:
Dalam pilihan raya tahun 2009, Parti Gajah memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negara Haiwan. Sila lukis semula sempadan untuk 5 kawasan parlimen supaya Parti Gajah boleh menang besar dalam pilihan raya yang akan datang.
During the 2009 election, Gajah Party won a simple majority of 3 parliament seats to form the federal government of the Animal Kingdom. Your task is to redraw the boundaries of the 5 Parliamentary Constituencies to consolidate Gajah Party’s advantage.
Cabaran 2:
Bentukkan 5 kawasan parlimen dan lukis semula sempadan supaya memberi kemenangan kepada Parti Rusa dalam pilihan raya kali ini.
Create 5 parliamentary constituencies to allow Rusa Party to win the G.E. this time.
Cabaran Bonus:
Memansuhkan peraturan 1 Rakyat, 1 Undi. Sekarang, tiada had-had untuk saiz kawasan pengundian. Kelima-lima kawasan boleh menjadi sebesar atau sekecil semungkin. Sila lukis semula sempadan untuk 5 kawasan parliamen supaya Parti Rusa boleh menang besar dalam pilihanraya yang akan datang.
Remove the “One person, One vote” rule. Now there are no limits to the size of constituencies; the 5 districts can be however large or small. Redraw the boundaries of 5 constituencies to give Rusa party a landslide victory.
Muat-turun: Animal Kingdom BM
Memorandum Anti-Gerrymandering
Sila muat-turun.
Memorandum anti-gerrymandering 5 mukasurat (BM): Memo-BM-Final
Malaysia dahulunya merupakan jajahan British. Kita menggunakan sistem Westminster British yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ahli-ahli Dewan Negara dipanggil Senator dan ahli-ahli Dewan Rakyat dipanggil Ahli Parlimen. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditugaskan untuk menguruskan pilihan raya bagi memilih keahlian Dewan Rakyat.
Merujuk kepada sistem pilihanraya, Malaysia mengamalkan sistem “first-past-the-post” yang bermaksud: calon yang memiliki jumlah undi paling banyak akan menang. Oleh itu, setiap undi adalah penting. Secara amnya, untuk satu pilihan raya yang adil, prinsip yang paling penting ialah 1 Pengundi, 1 Undi, 1 Nilai.