Apa Itu Gerrymandering?

Anda telah mengundi dalam pilihanraya umum (PRU13) yang lalu. Tetapi, siapa yang menentukan kawasan yang anda perlu mengundi? Jawapannya: Suruhanjaya Pilihan Raya yang menentukan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya.

‘Gerrymandering’ bermaksud proses penggarisan semula sempadan kawasan pilihan raya untuk keuntungan satu parti politik.

Sebagai contoh bagaimana gerrymandering berlaku, sila menonton video animasi kita:

Jadi, anda tahu bagaimana gerrymandering boleh berlaku. Anda mestilah berfikir – SAYA KISAH APA?

‘Gerrymandering’ bermaksud undi anda tidak sama nilai dengan undi orang lain. Ia bermaksud undi kesayangan anda TERBAZIR  sewaktu pilihan raya umum yang lepas! Ini bercanggah dengan prinsip 1 Rakyat, 1 Undi, 1 Nilai.

Sekarang, anda harus berfikir: APA YANG BOLEH SAYA BUAT?

Sila merujuk kepada Bahagian Kedua informasi kami: Apa yang saya boleh buat?

Untuk informasi lebih lanjut, sila muat-turun memorandum kami. Anda juga boleh bermain permainan gerrymandering kami atau merujuk kepada komik gerrymandering kami! 

Apa Yang Saya Boleh Buat? Jom, Turun Padang!

SPR akan melakukan penggarisan semula kira-kira pada Mac 2014. Selepas proses ini dibentangkan di Parlimen, rakyat diberi masa 1 bulan untuk mengumpul 100 tandatangan dalam kawasan tersebut supaya SPR akan mengaji semula proses penggarisan semula sempadan kawasan SPR.

Untuk mengumpul tandatangan, anda boleh merujuk kepada kempen-kempen aktif yang dilancarkan oleh organisasi-organisasi lain. Contohnya: –

  • Kempen DART yang dilancarkan oleh BERSIH akan membuat ‘road show’ ke bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk menjelaskan proses persempadanan dan gerrymandering. Kempen ini juga akan merekruit 5-10 sukarelawan untuk menubuhi pasukan DART yang bertanggungjawab untuk mengumpul 100 tandatangan di konstituensi tersebut. Anda boleh menyemak jikalau kempen DART akan membuat sesi pencerahan di negeri anda dengan melayari laman web mereka. Anda boleh menjadi ahli pasukan DART di konstituensi anda dan mengumpul 100 tandatangan, jikalau berlakunya gerrymandering.
  • Kempen Persempadanan yang dijalankan oleh Tindak Malaysia membekalkan banyak bahan-bahan dan informasi tentang gerrymandering, termasuk peta-peta penyempadanan yang disediakan oleh mereka. Tindak Malaysia juga akan mengadakan sesi-sesi pencerahan dengan DART. Sila merujuk kepada laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Sekolah Aktivisme juga akan melancarkan kempen turun padang gerrymandering. Kami akan berkempen mengumpul tandatangan di Puchong, konstituensi pilihan kami. Sila hubungi kami jika anda ingin menyertai kempen ini.

Muat turun PDF: 1 Pg Memo