Mengenali Kami

APAKAH SEKOLAHAKTIVISME?

SekolahAktivisme adalah inisiatif baru di bawah payung UndiMsia! yang bergiat untuk memupuk aktivis di kalangan rakyat muda bagi menyumbang kepada perubahan yang positif di dalam komuniti masing – masing. Ia mengambil bentuk pada Ogos 2013 apabila sekumpulan anak muda yang berwawasan bergabung minda bagi menyedari suatu matlamat yang baru.

Sesi yang dianjurkan secara tetap oleh SekolahAktivisme terbahagi kepada 2; pertamanya, sesi bimbingan berkumpulan yang dibimbing oleh pelatih luar, serta sesi perbincangan yang dijalankan oleh ahli – ahli Sekolah, berkaitan dengan projek yang menjadi tumpuan semasa.

Sesi bimbingan anjuran Sekolah bertujuan untuk membolehkan aktivis muda kami memahami dan mendalami keupayaan dan kelemahan mereka, serta memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan kemahiran dalam seni berkomunikasi bersama aktivis yang lain, serta di kalangan rakyat jelata. SekolahAktivisme beroperasi diatas struktur yang bebas, dimana maklum balas daripada ahli sangat digalakkan bagi meningkatkan keberkesanan usaha kami.

APAKAH KEMPEN 1 RAKYAT: 1 UNDI: 1 NILAI?

1Rakyat: 1Undi: 1Nilai (1RUN) adalah kempen pertama yang dijalankan oleh SekolahAktivisme, yang ditumpukan terhadap pergerakan “anti-gerrymandering.” Melalui kempen ini, kami berusaha untuk menyemarakkan kesedaran di kalangan anak muda bangsa dan, seterusnya, menggalakkan mereka untuk bertindak menentang “gerrymandering.” Kempen ini berikhtiar untuk menggerakkan pengundi yang terjejas oleh gejala “gerrymandering” supaya bangkit menyuarakan bantahan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu Proses Persempadanan dilaksanakan oleh pihak┬áSPR pada tahun ini (2014).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *